SYOKnyer Hidup Dlm KeManiSan ImaN...^_^
Salam Ta'aruf kpd sume yg baru mengenali diriku ini...^_^nice 2 meet u...=) hehe
Tak lupa jgak pada sahabatku tersayang...moga kalian sentiasa berada di bawah rahmat-NYA...~
Bersyukur ke hadrat ILAHI kerana buat julung kalinya diri ini melakarkan tinta perkongsian ilmu (sharing is caring...caring is loving) di dalam blog pertamaku ini...Alhamdulillah...
moga2 dpt kita mengambil serba sedikit manfaat drp hasil titipanku ini...InsyaALLAH...
Halawatul Iman tue apa??? pasti ada yg tertanya-tanya bukan? haaa...sapa nak taw? mai2 nak bagitaw nie...
Sahabat2Que Yang Dirahmati ALLAH,
حلاوة الإيمن tue dalam bahasa arab...maksudnya "kemanisan iman"...
Muslim mana yang tidak ingin merasa manisnya hidup dalam suasana yang sentiasa dinaungi rasa iman dalam jiwa?sume kita mesti teringin rasa manisnya iman kan?umpama hidangan makanan yang lazat lar sapa yang tak maw makan kan? sedap tue...hehe
Tapi bagaimanakah caranya untuk kita memburu apa yang dikatakan "halawatul iman"??? sebelum tue mai kita tengok dulu apakah "ramuan" kepada kemanisan iman itu...jom2 ^_^
Daripada Anas bin Malik r.a sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "
Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman,sesiapa yang cintanya kepada ALLah dan RASUL lebih daripada cintanya kepada yang lain,sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana ALLAH (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi )dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas ALLAH menyelamatkannya daripada kekufuran sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api neraka".~Hadis Riwayat Muslim~
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa antara ciri-ciri orang yang merasai kemanisan iman adalah seperti berikut :-
1-CINTA ALLAH & RASULNYA MELEBIHI SEGALA-GALANYA
~mentaati segala suruhan-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA
~sejauh mana kita mencintai Allah dan Rasul adalah bergantung kepada sejauh mana kita mengenali Sang Pencipta (Allah) dan Qudwatuna (Rasulullah).
2-MENCINTAI YANG LAIN KERANA ALLAH
~menjaga hubungan kasih sayang dengan saudaranya atas landasan iman kepada Alllah s.w.t dan amal soleh
~tanda-tanda mencintai seseorang Muslim itu adalah seperti berikut :-
*menolongnya di saat dia memerlukan
*tidak membuka aib sahabatnya
*tidak membeci \ iri hati \ hasad dengki dengannya
*sering mendoakan buat saudaranya tanpa pengetahuan mereka
*mengucapkan salam sewaktu berjumpa
*ziarah-menziarahi di waktu lapang
*tidak memudharatkan saudaranya sama ada dengan tindakan mahupun kata-kata
3.BENCI KEMBALI KEPADA KEKUFURAN
~orang yang mendapat kemanisan iman sangat bencikan kekufuran dan tidak mahu kembali kufur
~orang yang sudah insaf dan bertaubat akan menghargai keinsfan dan taubatnya
~mereka tidak akan kembali melakukan perkara-perkara yang berdosa
~mereka juga tidak mahu mengulangi maksiat-maksiat lama
Halawatul Iman hanya akan tercapai jika dalam hatinya hanya ada cinta kepada Allah.Cinta dan kemanisan adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan.Orang yang bercinta akan berasa manis dengan apa jua yang dilakukan demi cintanya...right??? Begitu juga dengan orang yang mencintai Allah, apa-apa sahaja suruhan Allah mampu dilaksanakannya dengan sebaik-baiknya.Dan tidak terasa beban untuk meningglkan apa yang dilarang-Nya.Dengan cinta Allah itulah yang akan menyelamatkan seseorang daripada azab api neraka jahannam...

LangKah-langKah UnTuk ElaK iMaN DaRipaDa LuNtuR~
Beberapa cadangan yang boleh diikuti :-
1 - Tingkatkan kualiti dan kuantiti ibadah
~utamakan terlebih dahulukualiti ibadah dengan memperbaiki bacaan di dalam solat
~kemudian disusuli pula kuantiti ibadah dengan perbanyakkan solat sunat dan zikir
2 -Hati sentiasa khusyuk apabila berhadapan dengan Allah
~punca hilangnya khusyuk ialah hati yang terlalu keras
~cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu
~Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat
3 - Selalu menghadiri majlis ilmu
~manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh dengan majlis ilmu
~kalau Rasulullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekali gus menggambarkan kecintaan kita
kepada Rasulullah
Langkah ini adalah asas bagi seseoranguntuk mencapai kemanisan iman.
Jadi, umat Islam tidak harus menggabaikannya.
Sekiranya kita tidak mampu melakukan semua kebaikan maka lakukan walaupun sedikit.
Semua itu adalah untuk kebaikan diri kita jugak...nak k kita dihumbankan ke dalam api yang sangat dahsyat ibarat air yang sedang mendidih atau ikan yg sedang dibakar di dalam kuali??? na'uzubillah min zalik...
renungkan-renungkanlah wahai sahabatQuev yg dikasihi...
~Lakukanlah sesuatu kerja ( duniawi ) dengan bersungguh-sungguh seperti kamu akan hidup lama di dunia ini, dan kerjakanlah sesuatu ibadah ( ukhrawi ) seperti kamu tahu kamu akan mati keesokannya...~
wa allahu 'alam....(^_^)


No comments:
Post a Comment